-
Tentang MetaFin & Penyedia
MetaFin Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penyelesaian perisian yang mengendalikan platform digital DIY dengan pilihan produk dan perkhidmatan eksklusif daripada rakan kerjasama serta penyedia perkhidmatan kami.
Sebagai pemudah cara digital, MetaFin menyediakan akses mudah kepada tawaran ini tetapi tidak mewakili mana-mana penyedia perkhidmatan, serta tidak melantik wakil tidak sah untuk mengedarkan produk atau perkhidmatan mereka.
Terdapat DUA penyedia yang menawarkan sumbangan dan perlindungan takaful kereta. Etiqa Takaful dan Takaful Ikhlas merupakan penyedia yang tersedia di Platform Digital DIY MetaFin.Terdapat EMPAT penyedia yang menawarkan perlindungan insurans kereta di platform ini, iaitu Tune Insurance Malaysia Berhad, RHB Insurance, Lonpac Insurance dan Etiqa Insurance.Di Platform Digital DIY MetaFin, terdapat dua penyedia buat masa ini iaitu Takaful Ikhlas Berhad dan RHB Insurance yang membolehkan anda mendapatkan insurans untuk kereta berdaftar atas nama syarikat. -
Perlindungan & Add-On
Insurans kereta penting atas sebab-sebab berikut:
Keperluan Undang-Undang: Di Malaysia, insurans kereta adalah wajib di sisi undang-undang. Memandu tanpa insurans boleh menyebabkan saman, penggantungan lesen, atau tindakan undang-undang.
Perlindungan Kewangan: Insurans kereta amat penting sekiranya berlaku kemalangan, kecurian, atau kerosakan kerana ia menanggung kos pembaikan, perbelanjaan perubatan, dan liabiliti lain.
Perlindungan Terhadap Pemandu Tanpa Insurans: Jika anda terlibat dalam kemalangan dengan pemandu yang tidak mempunyai insurans, maklumkan kepada penyedia insurans kereta anda untuk menanggung perbelanjaan berkaitan.
Perlindungan Bencana Alam: Mengambil kira keadaan cuaca dan geografi di Malaysia, polisi insurans kereta komprehensif amat penting kerana kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, dan pokok tumbang sering berlaku tanpa diduga.
Manfaat Tambahan: Kebanyakan polisi insurans kereta turut menawarkan manfaat tambahan seperti bantuan tepi jalan, perkhidmatan tunda, serta perlindungan lain untuk pemandu dan penumpang.
Ya. Platform Digital DIY MetaFin menawarkan perlindungan tambahan untuk insurans kereta anda seperti peril khas atau perlindungan banjir, perlindungan cermin hadapan, tunda tanpa had, perlindungan semua pemandu, liabiliti undang-undang terhadap penumpang (LLP), liabiliti undang-undang penumpang sendiri (LLOP), semburan cat, perlindungan rusuhan dan kekecohan awam, dan sebagainya.Ya. Platform Digital DIY MetaFin menawarkan perlindungan tambahan untuk insurans kereta anda seperti peril khas, perlindungan cermin hadapan, liabiliti undang-undang terhadap penumpang (LLP), liabiliti undang-undang penumpang sendiri (LLOP), semburan cat, perlindungan rusuhan dan kekecohan awam, dan sebagainya.Malangnya TIDAK. Perlindungan tambahan e-hailing yang meliputi liabiliti kepada pemandu, penumpang berbayar, dan liabiliti pihak ketiga tidak tersedia di Platform Digital DIY MetaFin. -
Kelayakan, NCD & Harga
- Pemilik MESTI berumur antara 26 hingga 75 tahun dan kenderaan adalah untuk kegunaan persendirian sahaja
- Kenderaan MESTI tidak melebihi usia 20 tahun
- Tidak lebih daripada 1 tuntutan dalam tempoh 3 tahun terakhir
- Insurans kereta anda tidak melebihi 2 bulan atau 60 hari daripada tarikh tamat tempoh
Mudah sahaja! Layari laman Semakan NCD, isi semua butiran yang diperlukan dan hantar borang untuk menjana laporan NCD insurans kereta anda.Premium insurans kereta atau sumbangan takaful anda dikira berdasarkan umur anda, usia kereta, model kereta, jumlah perlindungan (sum insured), dan beberapa faktor lain. Jika anda ingin menyemak anggaran bayaran, klik Perbaharui Di Sini.Anda disyorkan untuk menginsuranskan kereta berdasarkan nilai pasaran semasa. Ini dapat melindungi anda daripada risiko perlindungan terkurang (under-insured). -
Pembaharuan, Pembayaran & Pengeluaran Polisi
Pembaharuan insurans kereta boleh dibuat sehingga 60 hari sebelum polisi insurans kereta anda tamat tempoh.Platform Digital DIY MetaFin menyediakan perbandingan insurans motor masa nyata daripada ENAM penyedia. Kebiasaannya, proses memperbaharui insurans kereta di Platform Digital DIY MetaFin hanya mengambil masa beberapa minit.Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran termasuk FPX, kad kredit atau kad debit termasuk Kad Kredit Maya kami sendiri daripada Alliance, serta pembayaran e-Dompet seperti MAE oleh Maybank, Boost, Shopee SPayLater, MCash, Setel Wallet dan UnionPay.Bagi pembelian insurans kereta dalam talian, polisi akan dihantar melalui e-mel ke alamat e-mel yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika anda masih belum menerima salinan polisi selepas satu hari bekerja, sila hubungi En. Eddie di 016-803 0882 atau Cik Fatin di 016-802 2838 atau e-mel kami di it@metafin.com.my.Nota perlindungan (cover note) akan dipaparkan secara automatik dalam aplikasi MyJPJ. Anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan anda melalui aplikasi MyJPJ, laman web MYEG, atau dengan mengunjungi pejabat pos berdekatan.Terdapat sedikit kemungkinan anda perlu membuat bayaran tambahan minimum sekiranya berlaku perbezaan kecil antara bayaran awal dengan jumlah yang dikenakan oleh JPJ. Ini disebabkan oleh faktor berikut:
- Perbezaan pengkategorian kenderaan oleh JPJ (saloon berbanding bukan saloon)
- Perbezaan kadar cukai jalan mengikut kapasiti enjin (CC) bagi jenama dan model kereta anda.
Jika anda pengguna MetaFin, aplikasi MetaFin DIY Digital akan memaparkan penyedia insurans kereta, polisi insurans, tarikh tamat tempoh, serta menghantar peringatan e-mel sebelum tarikh tamat tempoh insurans anda. Kemudahan ini membantu memastikan insurans kereta anda diperbaharui tepat pada masanya dan mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.