ENG

Manfaat Takaful myDana

Kematian dan *KMK (Sebab semulajadi)
sehingga RM60,000
Kematian dan *KMK (Sebab kemalangan)
sehingga RM120,000
Perlindungan 39 penyakit kritikal
sehingga RM60,000
Perbelanjaan pengebumian
sehingga RM5,000
Umur kemasukan maksimum
64 tahun
Perlindungan sehingga umur
65 tahun
*KMK: Keilatan Menyeluruh dan Kekal

Takaful myDana untuk
Saat Tidak Dijangka

Perlindungan menyeluruh untuk sokongan kewangan dan
keselamatan keluarga - di setiap langkah

Cara Memohon

Permohonan mudah hanya dalam 3 minit

1

Klik disini untuk memuat turun borang cadangan.

2

Hantar borang cadangan beserta dokumen sokongan ke

Level 9, A901, Pusat Dagangan Phileo Damansara II,No.15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya Selangor.

3

Permohonan anda akan disemak.

Cara Membuat Tuntutan

Tuntutan Lebih Mudah

Klik 'Muat Turun Tuntutan'.
Muat Turun Tuntutan
Hantar borang tuntutan beserta dokumen sokongan ke peaceofmind@phm.com.my
Tuntutan anda akan dihantar ke pengendali takaful untuk penilaian.

Soalan-soalan Lazim

Segala Yang Perlu Anda Tahu

Ini adalah pelan takaful keluarga berkumpulan dengan caruman tetap yang menyediakan perlindungan kematian dan Keilatan Menyeluruh dan Kekal ("KMK") bersama perlindungan penyakit membawa maut sepanjang tahun sijil. Sebagai tambahan, pelan ini juga termasuk perlindungan penyakit kritikal yang menyediakan bayaran pendahuluan sekiranya orang yang dilindungi didiagnosis dengan atau menjalani pembedahan untuk mana-mana satu daripada tiga puluh sembilan (39) penyakit kritikal yang dilindungi, dan manfaat elaun harian hospital apabila dimasukkan ke hospital.

Pelan ini matang pada umur 65 tahun hari lahir akan datang. Apabila sijil matang, sebarang baki di dalam Akaun Peserta ("AP") akan dibayar kepada orang yang dilindungi (sekiranya ada).

  • • Jumlah caruman bulanan adalah berdasarkan pelan yang dipilih.
Notis Penting: Caruman yang anda bayar menyumbang kepada kedua-dua elemen simpanan dan perlindungan produk, seperti manfaat kematian. Sekiranya anda sedang mencari sijil takaful dengan elemen simpanan atau pelaburan, anda mungkin ingin membandingkan pulangan pelan ini dengan pulangan berkesan alternatif simpanan lain.

Anda boleh meminta untuk membatalkan sijil anda dalam tempoh penelitian percuma lima belas (15) hari kalendar. Dalam keadaan sedemikian, anda boleh mendapatkan bayaran balik penuh caruman yang telah dibayar tanpa untung tolak sebarang perbelanjaan yang telah ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan orang yang dilindungi. Sekiranya anda memilih untuk menyerahkan sijil anda selepas tempoh penelitian percuma lima belas (15) hari kalendar, sebarang baki dalam AP akan dibayar. Walau bagaimanapun, menyertai pelan takaful keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Baki terkumpul yang anda boleh dapat apabila anda menyerahkan sijil sebelum tempoh matang akan jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang anda telah bayar.

Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada Takaful Malaysia sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas maklumat untuk dihubungi bagi memastikan semua urusan surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

Penafian: MetaFin ialah sebuah platform digital neutral yang berfungsi semata-mata sebagai fasilitator dan pasaran, dan bukan sebagai penyedia produk. MetaFin memudahkan penyenaraian yang ditawarkan secara bebas oleh agensi insurans dan takaful korporat berlesen, serta penyedia perkhidmatan lain secara langsung kepada pengguna akhir. MetaFin tidak mengesahkan atau mengurus mana-mana produk insurans atau takaful. Setiap agensi korporat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan produk, pematuhan, dan transaksi yang dijalankan melalui platform MetaFin. Agensi yang mengambil bahagian mestilah mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan/atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).