Insurans kenderaan adalah penting kerana;
Wajib di sisi Undang-undang
: Di Malaysia, insurans kereta atau insurans kenderaan adalah satu keperluan undang-undang. Memandu tanpa insurans boleh mengakibatkan tindakan saman, penggantungan lesen, atau tindakan undang-undang.
Perlindungan Kewangan:
: Insurans kereta adalah penting sekiranya berlaku kemalangan, kecurian, atau kerosakan. Ia akan menanggung kos pembaikan, perbelanjaan perubatan, dan liabiliti lain.
Melindungi dari Pemandu Tanpa Insurans:
s: Jika anda terlibat dalam kemalangan dengan pemandu yang tidak diinsuranskan, maklumkan kepada penyedia insurans kereta anda dan mereka akan menanggung perbelanjaan anda.
Perlindungan Terhadap Bencana Alam:
: Mengambil kira keadaan geografi Malaysia, polisi insurans kereta komprehensif adalah WAJIB kerana kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam, seperti banjir, ribut, dan pokok tumbang, kadang-kadang tidak dapat diramalkan dan mungkin akan mengakibatkan kos pembaikan yang tinggi.
Manfaat Tambahan:
: Banyak polisi insurans kereta menawarkan manfaat tambahan, seperti bantuan towing di jalan raya mahupun lebuhraya, servis penggantian bateri, perkhidmatan menarik kereta rosak, dan perlindungan lain untuk pemandu dan penumpang.