EN BM

Jimat Lebih RM100– Mulakan Sekarang!

Perbaharui cukai jalan fizikal anda dan bahagikan pembayaran insurans kereta anda kepada 12 bulan ansurans melalui . Nikmati perlindungan daripada ENAM penyedia insurans terkemuka di Malaysia.

metafin car insurance icon

Insurans Kereta

metafin app car insurance
metafin insurance element
metafin insurance element
roadtax renewal metafin

Kami Boleh Membantu Anda Memperbaharui Cukai Jalan Anda!

Perbaharui cukai jalan melalui Aplikasi MetaFin Digital. Lengkapkan semuanya hanya dengan beberapa klik dalam aplikasi!

Perbaharui Sekarang!

Terma & Syarat

Ciri-ciri Istimewa

metafin car insurance spaylater banner
metafin car insurance spaylater banner
metafin car insurance spaylater banner
Cepat & Pantas

Dapatkan sebut harga insurans kenderaan anda dalam hanya 3 minit! sahaja

01
metafin form icon

Isikan butiran peribadi & butiran kenderaan.

Cuma perlu isi beberapa kolum, dan tekan hantar

02
metafin compare price icon

Harga premium LIVE untuk dibandingkan, TAMBAHKAN bila perlu

Cara termudah untuk menyemak harga premium

03
metafin payment icon

Pilih perlindungan dan buat pembayaran

Masukkan butiran diperlukan & pilih mode pembayaran.

04
metafin done icon

SIAP!

ePolicy akan dihantar ke alamat emel anda. Tarikh luput baharu akan dikemaskini secara automatik di dalam aplikasi MyJPJ.

Testimonial

What Customers are Saying?

FAQ

Soalan Lazim

Apakah perlindungan yang tersedia untuk motosikal dan kereta di platform MetaFin?

MetaFin menawarkan pelbagai jenis perlindungan daripada 6 penyedia insurans dan takaful, termasuk perlindungan insurans motor komprehensif dan perlindungan kenderaan terhadap kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan, liabiliti pihak ketiga untuk kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda. Dengan platform MetaFin, anda boleh mendapatkan sebut harga untuk perlindungan komprehensif, perlindungan pihak ketiga, kebakaran & kecurian, atau kenderaan berdaftar perniagaan untuk kegunaan persendirian. Terdapat juga faedah lain yang boleh ditambah ke dalam perlindungan seperti perlindungan ‘windscreen’, perlindungan bencana dan sebagainya.

Adakah MetaFin menawarkan perlindungan takaful kenderaan?

Ya. Terdapat Dua penyedia perlindungan takaful di platform ini. Etiqa Takaful dan Takaful Ikhlas merupakan Penyedia takaful kenderaan yang terdapat di platform digital DIY MetaFin.

Berapakah Penyedia Insurans kenderaan yang terdapat di platform MetaFin

EMPAT penyedia insurans kenderaan di platform ini adalah Tune Insurance Malaysia Berhad, RHB Insurance, Lonpac Insurance and Etiqa Insurance.

Apakah penyedia insurans yang menyediakan pembaharuan insurans untuk kereta berpendaftaran syarikat di Platform Digital DIY MetaFin?

Di Platform Digital DIY MetaFin, terdapat dua penyedia untuk memperbaharui insurans kereta berpendaftaran syarikat, iaitu Takaful Ikhlas Berhad dan RHB Insurance.

Adakah MetaFin menawarkan perlindungan tambahan untuk insurans & takaful kereta?

Ya. Platform Digital DIY MetaFin menawarkan perlindungan tambahan untuk insurans kereta anda seperti perlindungan bencana khas (Special Perils Coverage), perlindungan cermin kereta (windscreen protection), Liabiliti Undang-undang terhadap Penumpang (LLP), Liabiliti Undang-undang terhadap Penumpang Sendiri (LLOP), pengecatan semula, perlindungan rusuhan dan kekacauan, dan lain-lain.

Terma dan syarat-syarat penting yang perlu anda ketahui apabila memperbaharui insurans kenderaan anda di Platform Digital DIY MetaFin:

  • • Pemilik MESTI berumur antara 26 - 75 tahun, dan kenderaan anda hanya untuk kegunaan persendirian, perlindungan untuk kenderaan e-hailing tidak disediakan buat masa ini.
  • • Kenderaan adalah tidak melebihi usia 20 tahun.
  • • Tidak lebih daripada 1 tuntutan dalam tempoh 3 tahun lepas
  • Insurans kereta anda tidak lebih daripada 2 bulan atau 60 hari sebelum tarikh tamat tempoh

Berapa hari sebelum tarikh tamat tempoh, dibolehkan untuk memperbaharui insurans kereta?

Pembaharuan insurans kereta boleh dilakukan bermula daripada 60 hari sebelum polisi insurans kereta anda tamat tempoh.

Berapa lama masa yang diambil untuk memperbaharui insurans kereta di Platform Digital DIY MetaFin?

Platform Digital DIY MetaFin menyediakan sebutharga insurans kenderaan secara masa nyata (real-time) daripada ENAM penyedia. Biasanya, ia akan mengambil masa antara 3 hingga 5 minit untuk menyemak dan memperbaharui insurans kereta anda di Platform Digital DIY MetaFin.

Bagaimana saya boleh mendapatkan polisi insurans kereta selepas pembayaran?

Untuk pembelian insurans kereta secara dalam talian, polisi akan dihantar melalui emel ke alamat emel yang diberikan. Namun, jika anda tidak menerima salinan polisi insurans kereta anda selepas satu hari bekerja, sila hubungi
Encik Syazwan at 012-916 9260 or Cik Fatin at 016-802 2838 atau anda boleh emel kepada kami di it@metafin.com.my

Bagaimana caranya untuk memperbaharui cukai jalan selepas pembayaran insurans kereta di platform DIY Digital MetaFin?

Nota atau polisi perlindungan akan dikemas kini secara automatik di dalam aplikasi MyJPJ. Anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan sama ada melalui aplikasi MyJPJ, laman web MYEG, atau di pejabat pos terdekat.

Adakah insurans kereta di platform MetaFin menawarkan perlindungan tambahan untuk e-hailing?

Malangnya TIDAK. Perlindungan tambahan untuk e-hailing yang meliputi liabiliti kepada pemandu, penumpang yang membayar tambang, dan liabiliti pihak ketiga tidak tersedia di Platform Digital DIY MetaFin.

Apakah jenis kaedah pembayaran yang diterima di platform ini?

Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran, termasuk FPX, kad kredit atau kad debit termasuklah Kad Kredit Maya kami dari Alliance, serta pembayaran eWallet seperti MAE oleh Maybank, Boost, Shopee Spaylater, MCash, Setel Wallet, dan UnionPay.

Di manakah saya boleh menyemak kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) saya?

Ia mudah! Cuma pergi ke laman web NCD Checker, isikan semua butiran yang diperlukan dan hantar borang untuk mendapatkan laporan NCD insurans kereta anda.

Bagaimana caranya pengiraan insurans kereta atau takaful kereta?

Premium insurans kereta atau sumbangan takaful anda dikira berdasarkan umur anda, umur kereta anda, model kereta, jumlah yang diinsuranskan, dan aspek-aspek lain. Jika anda ingin semak berapa yang perlu anda bayar, cuma klik Renew Here .

Berapakan jumlah yang perlu diinsuranskan untuk sesebuah kereta?

Disyorkan untuk memilih jumlah yang diinsuranskan berdasarkan nilai pasaran semasa kereta anda. Ini akan melindungi anda daripada kekurangan perlindungan.

Bagaimana untuk mengetahui tarikh tamat tempoh insurans kereta?

Bagaimana untuk mengetahui tarikh tamat tempoh insurans kereta? Jika anda pengguna MetaFin, anda bertuah, kerana pada Aplikasi Digital DIY MetaFin, penyedia insurans kereta anda, polisi insurans kereta, tarikh tamat tempoh insurans kereta, dan juga satu set emel sebelum tarikh tamat tempoh insurans kereta anda akan dinyatakan di ‘my personal hub’. Elemen ini ditambah ke aplikasi untuk memastikan insurans kereta anda diperbaharui tepat pada masanya dan membantu anda mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul pada masa depan.

Mengapakah insurans atau takaful kenderaan adalah penting?

Insurans kenderaan adalah penting kerana;

Wajib di sisi Undang-undang : Di Malaysia, insurans kereta atau insurans kenderaan adalah satu keperluan undang-undang. Memandu tanpa insurans boleh mengakibatkan tindakan saman, penggantungan lesen, atau tindakan undang-undang.

Perlindungan Kewangan: : Insurans kereta adalah penting sekiranya berlaku kemalangan, kecurian, atau kerosakan. Ia akan menanggung kos pembaikan, perbelanjaan perubatan, dan liabiliti lain.

Melindungi dari Pemandu Tanpa Insurans: s: Jika anda terlibat dalam kemalangan dengan pemandu yang tidak diinsuranskan, maklumkan kepada penyedia insurans kereta anda dan mereka akan menanggung perbelanjaan anda.

Perlindungan Terhadap Bencana Alam: : Mengambil kira keadaan geografi Malaysia, polisi insurans kereta komprehensif adalah WAJIB kerana kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam, seperti banjir, ribut, dan pokok tumbang, kadang-kadang tidak dapat diramalkan dan mungkin akan mengakibatkan kos pembaikan yang tinggi.

Manfaat Tambahan: : Banyak polisi insurans kereta menawarkan manfaat tambahan, seperti bantuan towing di jalan raya mahupun lebuhraya, servis penggantian bateri, perkhidmatan menarik kereta rosak, dan perlindungan lain untuk pemandu dan penumpang.