ENG

Manfaat Takaful myDana

Perlindungan sehingga RM60,000
Perlindungan kemalangan sehingga RM120,000
Perlindungan 39 penyakit kritikal sehingga RM60,000
Kos pengebumian RM5,000
Umur kemasukan akhir 64 tahun
Perlindungan sehingga umur 65 tahun

Takaful myDana untuk
Situasi yang Tidak Terjangka

Perlindungan menyeluruh untuk sokongan kewangan dan
keselamatan hidup - di setiap langkah.

Cara Memohon

Permohonan mudah hanya dalam 3 minit

1

Klik disini untuk memuat turun borang permohonan.

2

Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke

cs@metafin.com.my

3

Permohonan anda akan disemak.

Cara Membuat Tuntutan

Mudah. Hanya di hujung jari anda.

Klik 'Muat Turun Tuntutan'.
Muat Turun Tuntutan
Hantar borang tuntutan beserta dokumen sokongan ke cs@metafin.com.my
Tuntutan anda akan disemak.

Soalan-soalan Lazim

Menjawab persoalan anda

Ini adalah pelan takaful keluarga berkumpulan dengan caruman tetap yang menyediakan perlindungan kematian dan Keilatan Menyeluruh dan Kekal ("KMK") bersama perlindungan penyakit membawa maut sepanjang tahun sijil. Sebagai tambahan, pelan ini juga termasuk perlindungan penyakit kritikal yang menyediakan bayaran pendahuluan sekiranya orang yang dilindungi didiagnosis dengan atau menjalani pembedahan untuk mana-mana satu daripada tiga puluh sembilan (39) penyakit kritikal yang dilindungi, dan elaun harian hospital apabila dimasukkan ke hospital.

  • • Jumlah caruman bulanan adalah berdasarkan pelan yang dipilih.
  • • Jumlah caruman mesti dibayar dan diterima oleh Takaful Malaysia di dalam tempoh enam puluh (60) b. hari daripada tarikh kemasukan atau pembaharuan sijil.
Notis Penting: Caruman yang anda bayar menyumbang kepada kedua-dua elemen simpanan dan perlindungan produk, seperti manfaat kematian. Sekiranya anda sedang mencari sijil takaful dengan elemen simpanan atau pelaburan, anda mungkin ingin membandingkan pulangan pelan ini dengan pulangan berkesan alternatif pelaburan lain.

Anda boleh meminta untuk membatalkan sijil anda dalam tempoh penelitian percuma lima belas (15) hari kalendar. Dalam keadaan sedemikian, anda boleh mendapatkan bayaran balik penuh caruman yang telah dibayar tanpa untung tolak sebarang perbelanjaan yang telah ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan orang yang dilindungi. Sekiranya anda memilih untuk menyerahkan sijil anda selepas tempoh penelitian percuma lima belas (15) hari kalendar, sebarang baki dalam AP akan dibayar. Walau bagaimanapun, menyertai pelan takaful keluarga adalah komitmen kewangan jangka panjang. Baki terkumpul yang anda boleh dapat apabila anda menyerahkan sijil sebelum tempoh matang akan jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang anda telah bayar.

Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada Takaful Malaysia sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas maklumat untuk dihubungi bagi memastikan semua urusan surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

Disclaimer: MetaFin is a neutral digital platform, serving solely as a facilitator and marketplace and not a product provider. MetaFin facilitates listings independently offered by licensed corporate insurance and takaful agencies, and other service providers directly to end users. MetaFin does not endorse, or manage any insurance or takaful products. Each corporate agency is fully responsible for its own product content, compliance, and transactions conducted through the MetaFin platform. Participating agencies must comply with Financial Services Act 2013 (FSA) and/or the Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA) by Bank Negara Malaysia (BNM).