Cara Semak Cukai Jalan

Kini cukai jalan atau roadtax boleh diperbaharui melalui MyJPJ app.

Tidak perlu lagi bersusah payah ke kaunter JPJ dan mengambil nombor seperti biasa. Pengumuman ini telah diwar-war kan oleh Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia pada satu sidang media.

Penggunaan aplikasi tersebut juga dapat membantu anda berkongsi @ share cukai jalan anda dengan keluarga melalui Kongsi e-LKM. Berikut merupakan cara untuk share dan check roadtax digital hanya menggunakan MyJPJ app.

Cara untuk share step-by-step

Mula-mula muat turun @ download MyJPJ app dan daftar akaun.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia via Facebook

Langkah 1: Log masuk ke MyJPJ app, untuk kongsikan e-LKM, klik pada ikon profil di bahagian bawah, profil anda.  

Langkah 2: Klik pada “Roadtax” dan pilih nombor plate kenderaan yang ingin dikongsikan

Langkah 3: Klik pada nombor kenderaan, kemudian paparan QR akan dipaparkan. Cuma klik pada butang “Kongsi LKM” pada bahagian bawah atau scan sahaja kod QR yang dipaparkan.

Langkah 4: Jika perlu berkongsi e-LKM kepada ahli keluarga yang lain, tekan simbol “+” untuk berkongsi cukai jalan anda dengan penerima baharu. Butiran cukai jalan yang telah dikongsi dengan penerima sebelum ini akan dipaparkan di skin yang sama.

Langkah 5: Cuma perlu tambahkan nombor ic penerima dan pilih tempoh perkongsian sebelum anda hantar.

Langkah 6: Sahkan semua butiran dan click “Ya” untuk meneruskan.

Langkah 7: Kod keselamatan perlu dikongsi dengan penerima untuk tujuan pengaktifan perkongsian cukai jalan.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh penerima untuk melihat cukai jalan digital yang dikongsi:

Jika anda adalah penerima e-LKM, anda juga mesti memastikan aplikasi MyJPJ telah dipasang pada peranti anda dan anda telah mendaftar untuk akaun.

Ikuti langkah di bawah untuk melihat cukai jalan digital yang telah dikongsi dengan anda.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia via Facebook

Langkah 1: Muat turun dan buka aplikasi MyJPJ
Pastikan penerima telah memuat turun aplikasi MyJPJ dan log masuk ke akaun mereka.

Langkah 2: Klik pada ikon ‘Profil’
Tekan ikon ‘Profil’ yang terletak di bahagian bawah halaman utama aplikasi.

Langkah 3: Jana semula @ Refresh page.

Klik pada no plate yang dikongsi, dan masukkan ‘security code’

Langkah 4: Masukkan kod perkongsian
Masukkan kod unik yang telah dijana oleh pemilik dalam tempoh 24 jam. Kini anda boleh mengakses cukai jalan tersebut kerana perkongsian e-roadtax akan diaktifkan.

Langkah 5: Semak maklumat cukai jalan
Setelah kod dimasukkan, penerima boleh melihat maklumat lengkap cukai jalan digital yang telah dikongsi berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan oleh pemilik atau sehingga pemilik memilih untuk hentikan perkongsian.

Sebarkan artikel ini  kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Fungsi “Kongsi e-LKM” ini merupakan elemen baru yang diperkenalkan dan ianya sangat bagus dalam membantu orang ramai berkongsi kenderaan dan butiran kenderaan tanpa kerisauan.

Pelekat roadtax fizikal tidak lagi diberikan sekarang. Oleh itu, Cuma perlu Kongsi e-LKM atau minta pegawai polis untuk scan sahaja QR code yang tertera ketika ditahan dalam roadblock @ sekatan jalan raya. Boleh juga semak cukai jalan kenderaan anda dari laman web rasmi JPJ.

Renew Now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *