Kalau anda sedang mencari insurans kereta Etiqa untuk tahun 2025, anda memang datang ke tempat yang betul. Etiqa antara jenama paling popular di Malaysia sebab senang claim, servis cepat dan mesra pelanggan. Tapi ramai masih tak tahu, sekarang anda boleh semak harga Etiqa terus di MetaFin dalam masa kurang 5 minit je! 😎
📖 Isi Kandungan
- Apa Itu Etiqa Car Insurance?
- Jenis Perlindungan Etiqa
- Kelebihan Etiqa Car Insurance
- Cara Semak & Beli Insurans Etiqa di Metafin
- Soalan Lazim (FAQ)
Apa Itu Etiqa Car Insurance?
Etiqa Insurance ialah salah satu penyedia insurans terkemuka di Malaysia yang berada di bawah kumpulan Maybank. Produk mereka meliputi insurans kenderaan, insurans hayat, kesihatan, dan takaful. Untuk kenderaan, Etiqa menawarkan pelan komprehensif (first party coverage) dan pihak ketiga (third party) sesuai untuk individu mahupun kenderaan syarikat.
Kalau anda pernah dengar orang kata “claim Etiqa senang”, itu bukan hype. Etiqa memang terkenal sebab proses tuntutan dia cepat, mesra pelanggan dan boleh selesaikan secara online tanpa perlu ke cawangan.
Jenis Perlindungan Etiqa Car Insurance
Etiqa tawarkan dua jenis utama pelan insurans kereta:
1. Comprehensive Car Insurance
Jenis ni paling popular sebab perlindungan dia menyeluruh. Ia meliputi:
- Kerosakan akibat kemalangan
- Kecurian atau kehilangan kenderaan
- Kerosakan pihak ketiga (kenderaan & kecederaan)
- Perlindungan tambahan (add on benefits) seperti perlindungan cermin (windscreen) , banjir (flood @ special perils) , dan bantuan tunda 24 jam
2. Third Party, Fire & Theft (TPFT)
Untuk kereta lama atau yang jarang digunakan. Liputan termasuk:
- Coverage terhadap pihak ketiga SAHAJA.
- Kecurian & kebakaran kenderaan sendiri
Kalau anda nak tahu mana satu sesuai, anda boleh bandingkan pelan Etiqa dengan penyedia lain di MetaFin. Semua info jelas dan harga terus keluar. Tapi maaflah, MetaFin tidak menawarkan TPFT.
Kelebihan Etiqa Car Insurance
Antara sebab ramai pilih Etiqa ialah kerana servis yang cepat dan sistem digital dia memang smooth. Antara kelebihan utama:
- 24 Jam Bantuan Tepi Jalan – kalau tayar pancit atau kereta rosak tengah malam, panggil je Etiqa Auto Assist.
- Tuntutan Online – boleh buat claim terus dalam talian tanpa perlu pergi ke branch.
- e-Policy Segera – lepas bayar, polisi terus boleh disemak menggunakan aplikasi Etiqa+.
- Mesra Takaful – ada versi Takaful Motor untuk pengguna Muslim.
- Diskaun NCD Automatik – sistem semak terus dari JPJ/PIAM, jadi harga terkini akan diberikan.
Kalau nak lebih jimat, boleh guna platform macam MetaFin sebab kami bandingkan harga Etiqa dengan syarikat lain. Kadang-kadang boleh dapat jimat sampai RM100-RM200 untuk coverage yang sama.
Cara Semak & Beli Insurans Etiqa di MetaFin
Langkah nya senang sahaja. Tak perlu keluar rumah pun:
- Layari laman car insurance MetaFin
- Masukkan nombor plat kereta, poskod, nombor kad pengenalan, alamat email & nombor telefon.
- Sistem kami akan auto tarik data dari JPJ dan paparkan senarai harga Etiqa & syarikat lain
- Pilih pelan yang anda perlukan, tambah add on coverage dan terus bayar online.
- Polisi Etiqa akan di kemaskini di dalam aplikasi etiqa+
Senang kan? Tak payah susah buka banyak website, MetaFin dah kumpulkan semua details dan penerangan coverage kat satu tempat. 😎
Soalan Lazim (FAQ)
1. Berapa harga minimum insurans Etiqa?
Bergantung pada model dan umur kereta. Tapi boleh lebih murah kalau NCD tinggi.
2. Boleh ke renew insurans Etiqa online?
Boleh sangat. Sama ada melalui laman rasmi Etiqa atau guna platform perbandingan macam MetaFin untuk dapatkan harga terbaik.
3. Apa beza Etiqa Insurance dan Etiqa Takaful?
Dari segi fungsi, ianya sama sahaja. Beza dia cuma konsep. Etiqa Insurance berasaskan konvensional, Etiqa Takaful berasaskan syariah.
4. Macam mana nak semak NCD?
NCD boleh disemak terus dalam halaman semak NCD MetaFin. Sistem kami akan terus bantu membuat semakan dari pangkalan data JPJ & PIAM.
Kesimpulan
Etiqa Car Insurance memang antara jenama paling dipercayai di Malaysia. Servis pantas, antara premium terendah, proses claim yang mudah dan perlindungan comprehensive. Tapi jangan terus beli tanpa semak harga dulu. Guna MetaFin untuk semak pelan Etiqa dan pelbagai syarikat insurans & takaful terbaik di Malaysia hanya dalam satu platform. Senang, jimat, dan cepat!
Renew insurans dengan bijak. Semak harga dulu di MetaFin