Hari Raya adalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam, tak terkecuali juga bangsa-bangsa lain kerana cemua orang mendapat cuti panjang. Musim perayaan selalunya dimeriahkan dengan perjalanan pulang ke kampung atau perjalanan jauh untuk bersama keluarga dan sahabat handai. Namun, bila tibanya musim perayaan ini, jalan raya sering menjadi sangat sibuk, dan kemalangan jalan raya sentiasa meningkat. Oleh sebab itu, penting untuk mengambil berat isu keselamatan pemanduan agar perjalanan anda berjalan dengan lancar dan tanpa insiden yang tidak diingini. Berikut adalah beberapa tips keselamatan pemanduan di Hari Raya yang perlu anda pertimbangkan sentiasa:
1. Periksa Keadaan Kenderaan Anda
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kendaraan anda dalam keadaan baik. Check rim, lampu, dan semua sistem penting kenderaan anda. Menjalanakan pemeriksaan berkala akan membantu mencegah kerosakan secara tiba-tiba di tengah perjalanan.
2. Rancang perjalanan
Buatlah rancangan perjalanan yang menyeluruh, termasuk laluan alternatif dan waktu rehat yang cukup. Jangan terlalu tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi. Rancang perjalanan dengan selamat dan jangan memandu terlalu lama sehingga kepenatan. Ini akan mempengaruhi konsentrasi pemanduan anda.
3. Berehat Secukupnya
Penting untuk berehat setiap beberapa jam untuk mengelakkan keletihan. Tukar pemandu jika sesuai. Perjalanan jauh dapat membuatkan pemandu penat, dan mengelakkan keletihan adalah salah satu cara untuk memandu selamat.
4. Jaga masa perjalanan
Rancang dan semak laluan yang telah ditetapkan di musim perayaan. Ambil tahu keadaan jalan yang akan dilalui. Berhati-hati dengan kawansan-kawasan yang selalu menjadi tempat peningkatan kemalangan, seperti jalan berbukit dan jalan kampung.
5. Gunakan Peralatan Keselamatan
Rancang dan semak laluan yang telah ditetapkan di musim perayaan. Ambil tahu keadaan jalan yang akan dilalui. Berhati-hati dengan kawansan-kawasan yang selalu menjadi tempat peningkatan kemalangan, seperti jalan berbukit dan jalan kampung.
6. Kurangkan Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Memandu
Telefon bimbit selalu menjadi punca gangguan yang serius. Matikan atau letakkan telefon bimbit anda di tempat yang tertutup supaya tumpuan pemanduan tidak terganggu. Jika perlu menjawab panggilan atau membalas mesej, sila berhenti di hentian yang terdekat.
7. Carpool
Sebolehnya jika perjalanan jarak jauh, dan anda berseorangan, cuba ajak rakan-rakan yang dalam perjalanan sama hala untuk menumpang kereta atau carpool. Selain ada teman berbual, rakan juga dapat berganti-ganti memandu dan memastikan keselamatan perjalanan.
8. Siapkan Barang Penting
Pastikan membawa barang-barang penting seperti dokumen kenderaan dank ad pengenalan. Jangan lupa untuk membawa bekalan air dan makanan ringan.
9. Berwaspada dengan Cuaca Buruk
Perhatikan ramalan cuaca sebelum bertolak. Jika ramalan cuaca buruk, pertimbangkan untuk menunda perjalanan atau mencari laluan alternatif yang lebih selamat.
10. Tetap Tenang dan Sabar
Dalam keadaan lalu lintas yang padat, tetaplah tenang dan sabar. Jangan mengikut emosi, dan berikan laluan apabila perlu.
Anda dapat memastikan perjalanan yang mudah, selamat, dan penuh kenangan bersama keluarga dan sahabat handai.