Sebelum anda renew insurans kereta atau buat sebutharga insurans kereta, penting untuk faham apa yang ada dalam polisi. Artikel berikut ringkaskan 11 perkara penting dalam polisi insurans kereta — sambil semak juga 9 perkara wajib tahu untuk memastikan anda sebagai pemandu bijak ketika memperbaharui polisi insurans dan takaful kereta.

1. Jenis Perlindungan (Komprehensif / TPFT / Pihak Ketiga)

Polisi insurans biasanya jenis komprehensif (melindungi anda dan pihak ketiga), pihak ketiga kebakaran & kecurian (TPFT) atau pihak ketiga sahaja. Pilih mengikut umur kereta, bajet dan keperluan anda.

2. Apa Yang Tertakluk Dan Dikecualikan

Kenal pasti dengan jelas perkara dilindungi (contohnya kerosakan akibat kemalangan) dan yang tidak (seperti kerosakan oleh banjir kecuali anda ambil add on benefits cover banjir atau special perils.

3. Tempoh Perlindungan Insurans Serentak Dengan Roadtax

Walaupun roadtax boleh diperbaharui setiap 6 bulan, insurans kereta – biasanya hanya setahun. Pastikan insurans dan roadtax tamat tempoh serentak, agar dapat mengelak denda atau saman dan insurance extension.

4. Jumlah Diinsuranskan – Nilai Pasaran (Market Value) vs Nilai Dipersetujui (Agreed Value)

Nilai pasaran susut dari semasa ke semasa— tetapi jika anda memilih nilai dipersetujui, pampasan tetap sama walau berlaku susut nilai untuk tahun seterusnya. Contoh ; jika anda insurans kan kereta RM50,000 mengikut market value. Jika anggaran kerosakan atau kerosakan total berjumlah RM60,000, hanya RM50,000 akan di ‘cover’.

5. No Claim Discount (NCD)

NCD adalah diskaun atas premium jika tiada tuntutan dibuat setahun ke setahun. Anda boleh nikmati sehingga 55% diskaun dan bahkan boleh pindahkan NCD ke kereta baru. Namun, jika anda mungkin claim NCD atas sebarang kemalangan, NCD anda akan di reset semula menjadi 0%.

6. Excess atau Bayaran Sendiri

Jika berlaku tuntutan, anda mungkin perlu bayar excess (contohnya RM400, kecuali dipandu oleh pemandu dinamakan). Tapi ada juga pemilik kenderaann yang bersetuju membayar excess, untuk mendapatkan diskaun semasa pembelian insurans. Boleh rujuk excess dari RHB Car Insurance (page 6)

7. Perlindungan Tambahan (Add-ons)

Add-on seperti “windscreen coverage”, bencana alam seperti bajir, tanah runtuh mahupun pokok tumbang, pemandu tambahan atau all driver. dan unlimited towing— sering tersedia dan add on benefits paling popular untuk pemanduan Malaysia. Add on benefits ini adalah tertakluk dengan caj tambahan. Contohnya; windscreen coverage adalah 1.5% dari harga diinsuranskan.

8. Pemandu Dinamakan atau All Driver Coverage

Pastikan pemandu dibenarkan dalam polisi. Jika bukan pemandu dinamakan, excess biasanya dikenakan. Sesetengah syarikat (contohnya Takaful tertentu) tawarkan perlindungan untuk semua pemandu tanpa caj tambahan contohnya perlindungan daripada Takaful Ikhlas.

9. Premium: Asas, Kasar & Akhir

  • Premium Asas (Basic Premium) : sebelum NCD
  • Premium Kasar (Gross Premium) : selepas tolak NCD
  • Premium Akhir (Final Premium) : jumlah akhir (+ SST, duti setem, add-ons)

10. Endorsment / Pengesahan / Verification

Endorsmen—dokumen tambahan yang tunjuk perubahan atau pelanjutan kepada polisi asal— penting untuk rekod bentuk perlindungan semasa. Contohnya jika kenderaan lebih 10 tahun, atau ‘gap in cover’ kenderaan tiada insurans untuk beberapa bulan untuk memastikan kenderaan yang ingin diinsurans kan masih dalam keadaan baik. Selalunya diperlukan gambar 4 sisi kenderaan (beserta timestamp), video kenderaan bergerak, gambar 4 bahagian cermin dan sebagainya.

9 Perkara Wajib Tahu (Sumber Luar)

Panduan luar turut menekankan beberapa aspek penting:

  • Semak harga jualan kenderaan untuk nilai pasaran — penting semasa tuntutan berdasarkan susut nilai compare.myeg.com.my.

Tips Bijak Sebelum Beli atau Renew

  1. Bandingkan Sebutharga — bukan hanya dari satu platform, tapi beberapa syarikat.
  2. Periksa Add-ons Penting seperti (Roadside Assistance) bantuan tepi jalan, (Battery Changing) Penggantian bateri, All Driver, Unlimited Towing, Flood Cover atau Special Perils Coverage dan sebagainya.
  3. Baca Terma Polisi Dengan Teliti – agar faham pengecualian dan peranan pemandu.
  4. Cuba elak claim NCD jika buat tuntutan kecil — pertimbangkan jika tak perlu kerana boleh bertambah sehingga tahun hadapan. Namun, jika kerosakan memakan harga ribuan ringgit, eloklah claim NCD kerana itulah gunanya pembelian insurans.

Kesimpulan

Memahami kandungan polisi insurans kereta—dari jenis perlindungan, NCD, add-ons, hingga jumlah diinsuranskan—adalah langkah paling bijak sebelum membuat keputusan pembelian atau pembaharuan. Jangan hanya lihat nama platform popular tetapi banyak cas tersembunyi ; utamakan maklumat sebenar dan khidmat platform yang telus dan seperti diinsurans kan.

Untuk panduan lebih lanjut tentang cara pilih insurans kereta yang selamat dan dipercayai, anda boleh rujuk platform seperti MetaFin atau laman rasmi seperti PDRM Malaysia untuk semak roadtax dan status saman polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *